Nak join klik banner! |
Memori yang tidak dapat dilupakan sewaktu kecil
Dulu zaman kecil.. aku duduk kawasan taman perumahan berbilang bangsa.. semestinya ada Melayu.. sebab mereka bangsa paling ramai di Malaysia.. Jiran sebelah kiri rumah aku orang cina.. dia ada anak 3 orang.. Aku panggil dia Uncle and Aunty.. Dorang jual alat-alat elektrik.. Sebelah kanan rumah aku pula orang Melayu.. baik orangnya.. kekadang hujan selalu angkat kain sidaian masing-masing kalau orang takde kat rumah..
Depan rumah aku pon ada family berbangsa cina duduk.. Ada 4 orang anak.. anak bongsu dia tua setahun dari aku.. aku panggil dia Kak Ming Ming.. Dia pandai.. dia ajar aku main badminton dengan alatan muzik rekorder.. alar.. yang macam seruling tuh! dari zero basis sampai pandai aku main mende alah tuh.. bagus kan cikgu aku tuh! :)
Sebelah rumah Kak Ming Ming pula ada bangsa campuran yang duduk.. aku pon tak tahu nak panggil gelaran apa.. sebab aunty cina.. uncle macam Indian sikit..tapi ada adik-beradik dia yang kahwin ngan Melayu jugak.. So memang every year.. aku tengok rumah dorang nie, semua perayaan dorang sambut. Aku pernah datang raya Chinese New Year! Christmas! Deepavali! seronok sangat..!!
Kawan-kawan aku yang lain pula.. ada juga bangsa India yang duduk dekat jalan lain.. Dorang 2 beradik.. sorang nama Wani and abang dia sebaya dengan aku nama Kumaran.. tiap-tiap petang kita orang semua akan berkumpul untuk main sama-sama.. memang MAJMUK! ada melayu.. ada cina.. ada india.. Tiap kali raya.. mesti kita orang akan raya rumah masing-masing. Pastu lawat jiran tetangga yang lain.. Bestnya setiap kali rayaaa!! time Chap Goh Mei.. aku tolong jiran nyalakan lilin Tang Lung! time Deepavali.. aku tolong tengok je lar kawan-kawan India aku buat apa tuh..kolah ker apa? yang tabur beras kalerful tuh!!
Nak kata baik selalu tak jugak.. Kekadang ada jugak perselisihan faham.. itu biasa lar.. Negara apa tak dilanggar garuda kan??!! tapi tak pernah la pulak sampai nak amek kayu, parang ngan machine gun untuk tembak kepala masing-masing!!! Semua boleh bawa berbincang baik-baik kan..
Ada satu hari.. kami pergi ke taman.. nak main kejar-kejar dekat playground. Sekali tengah aku nak naik tangga... aku dihalang dua orang budak cina.. dia tak kasi aku main kat situ.. katanya kawasan dia! padahal itu kan tempat umum.. sampai nak tolak-tolak aku jatuh tangga.. huishhh.. perang mulut lar jugak kan.. sekali datang Kak Ming Ming.. dia yang jadi penyelamat aku.. cakap ngan budak-budak cina tuh.. kami pon nak main jugak.. at last dorang pulak yang bertekak.. Nasib baik ada abang-abang dekat padang.. datang leraikan dan halau budak cina yang nak cari gaduh tuh!!!
Tapi...
Itu cerita dulu.. dah masuk sekolah menengah.. semua bawa jalan masing-masing.. yelar.. masing2 ada hal kan.. ada dunia yang lain.. tapi still berkawan lagi.. Masa Form 4 pulak boleh sekelas dengan Kumaran.. so memang dah kamceng dari awal lar.. tapi perasaan malu tuh ada dah skang.. yelar.. masing2 dah jadi teruna dan dara! ha ha ha ! Last year highschool.. dapat pulak kelas moral.. campur semua bangsa.. memang meriah walaupon bising nak mam***! Dapat pulak penolong kelas yang garang macam aku nie.. lagi lar masing-masing makan amarah aku jek!! kekekekke..
Itu je lar cerita yang aku nak kongsi.. rindu pulak nak main macam dulu-dulu.. nak jumpa kawan-kawan sepermainan zaman kecik-kecik dulu.. :p Aku rindukan semua tuh.. =(
Nak ajak join contest nie! Jom share cerita anda! :P
Tag:
Tag:
3 comments:
contest bukan dah tamat ke??
saya pon nak join tp xsempat...
maaf dik..penyertaan adik tak diterima kerana telah melebihi tarikh tutp...cuba lagi nnt ya..=)
maaf dik..penyertaan adik tak diterima kerana telah melebihi tarikh tutp...cuba lagi nnt ya..=)
Post a Comment